skstjoseph.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOSEPH, MIRI
JALAN ANGSANA, P.O BOX 37, 98000 MIRI, SARAWAK 
Tel : 085-432414, Faks : 805-432414
e-mel : skstjoseph@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | GURU | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | KOLEKSI VIDEO | KOLEKSI GAMBAR | AKTIVITI SEKOLAH | LAGU & LIRIK PATRIOTIK | PAUTAN | GAMES | BUKU PELAWAT |

SEJARAH SEKOLAH

          Sk. St Joseph Miri ditubuhkan pada  tahun 1932 oleh Reverend Fr. H. Janson, seorang Paderi Mazhab Mill Hill. Dua tahun kemudian, apabila Reverend Mother Clotida, Sister Louis-Marie dan Sister Rose-Marie tiba di Miri, murid-murid perempuan dipindahkan ke Sekolah Convent Notre Dame De Lourdes.

            Pada Disember 1941, sekolah ini telah ditutup kerana Perang Dunia Kedua telah meletus dan bangunan sekolah juga turut musnah akibat bom pada masa itu. Selepas perang tamat pada bulan September 1945, sekolah disambung semula di Gereja Lama. Kemudian, sekolah dipindah ke bangunan berhampiran dengan Kelab Gymkhana, Miri. Panggung wayang New Century dan rumah lama Shell juga digunakan sebagai bilik darjah apabila bilangan murid semakin. Pada ketika itu, sekolah belum lagi mempunyai bangunan sekolah sendiri.

Reverend Fr. H. Janson

            Pada tahun 1954, bangunan sekolah dua tingkat terdiri daripda 12 bilik darjah yang dibina di Jalan Angsana. Tapak sekolah ini menempatkan dua buah sekolah iaitu sekolah rendah dan juga sekolah menengah St. Joseph. Namun pada tahun 1965, pelajar-pelajar Sekolah Menengah St. Joseph dipindahkan ke sekolah sendiri di Jalan Brighton, Miri. Tapak tersebut digunakan oleh SK ST. Joseph sehingga sekarang.

           Pada tahun 1992, pihak Mission mengambil balik bangunan lama yang dibina pada tahun 1954 untuk kegunaan pihak Mission sendiri. Untuk menggantikannya, pihak Mission dengan bantuan ibu bapa murid-murid berjaya mendapat bantuan untuk membina sebuah bangunan tiga tingkat. Bangunan itu mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah pejabat am, sebuah bilik guru besar, 3 buah bilik pejabat Penolong Kanan, sebuah bilik Muzik, sebuah bilik agama, sebuah bilik Kemahiran Hidup, sebuah bilik pergigian dan sebuah bilik komputer.

Oleh sebab kawasan sekolah terlalu kecil, kini sekolah hanya mempunyai gelanggang pelbagai guna untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti permainan, perhimpunan dan kegiatan kokurikulum yang lain. Sehingga kini, sekolah mempunyai dua bangunan iaitu Blok Lama dan Blok Galvin.

Blok Lama

BlokGalvin



Music Code provided by Song2Play.Com


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: